Ramai pemimpin UMNO tak faham agenda PH, PN: Ahmad Shabery

Iklan
Ahmad Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menempelak pemimpin UMNO yang mahu meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Shabery berkata, ramai pemimpin UMNO tidak memahami agenda tersembunyi PH dan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Ramai pemimpin UMNO tak faham agenda PH dan PN. Mereka beli masa menjilat luka lepas kalah di Melaka dan Johor, sebab itu kalau boleh MoU mesti dipanjangkan, peruntukan pun dapat.

"PH pun tak kisah sangat nak sokong semua rang undang-undang kerajaan kerana ramai seperti Tan Sri (Annuar Musa) yang tetap seronok mempertahankan MoU itu.

Iklan

"PH dan PN pun mesti lebih seronok kalau pemilihan dalam UMNO diadakan dulu. Harapan mereka bila ada pertempuran, ramai yang luka. Waktu itulah paling sesuai MoU ditamatkan dan PRU15 diadakan,” katanya menerusi catatan di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MoU di antara kerajaan dan PH.

Iklan

Annuar bagaimanapun ketika mengulas perkara itu berpandangan, UMNO perlu memahami fakta berkaitan MoU tersebut yang tidak membabitkan antara parti dengan parti, tetapi antara Perdana Menteri dan PH.