Petani tidur ‘bertemankan’ buaya

Iklan
Buaya sepanjang lapan kaki itu keluar mencari tempat selamat untuk bertelur.

GUJARAT - INDIA . Jika beberapa hari lalu sebuah keluarga di utara Malaysia ‘ditemani’ seekor tedung selar ketika sedang menonton televisyen, lain pula halnya yang berlaku di India.

Petani Babubhai Parmar, 30, dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya betina di bawah katilnya selepas mendengar nyalakan kuat anjing di luar rumah ketika dia dan keluarga sedang nyenyak tidur kira-kira jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

Meskipun berada dalam keadaan panik, Parmar dan keluarganya berjaya keluar menyelamatkan diri untuk mendapatkan bantuan jiran.

Menurut ketua kampung, Durgesh Patel, reptilia sepanjang lapan kaki itu keluar dari sarangnya bagi mencari tempat selamat untuk bertelur.

Iklan
Buaya sepanjang lapan kaki itu keluar mencari tempat selamat untuk bertelur.

"Biasanya kami sediakan sangkar, tetapi pada hari kejadian ia sedang digunakan untuk haiwan lain. Selepas menunggu hampir sejam, pegawai berkuasa tiba dan membantu melepaskan kembali buaya tersebut ke tasik,” katanya.

Haiwan pemangsa itu dipercayai menyusup masuk ke rumah Parmar yang terletak hanya 500 meter dari tasik Malataj di daerah Anand. Difahamkan, tasik tersebut merupakan habitat lebih 100 ekor buaya. - Agensi

Iklan