Inflasi Malaysia terendah di Asia Tenggara: PM

Iklan
Ismail Sabri berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan dan cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenaikan harga jagung bijirin dan baja serta kos logistik menyebabkan peningkatan harga barang yang menyaksikan kadar inflasi meningkat tinggi.

Bagaimanapun katanya, hasil usaha berterusan kerajaan dapat menanganinya dengan pemberian subsidi berjumlah RM77 bilion.

Iklan

"Kerajaan sentiasa mendengar dan menyelami keluhan Keluarga Malaysia mengenai kenaikan harga barang khususnya membabitkan bahan makanan.

"Sebanyak RM1.1 bilion dibelanjakan untuk subsidi ayam dan telur dan RM4 bilion untuk minyak masak peket," katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Perdana Menteri berkata, idea Keluarga Malaysia yang diperkenalkan pada 22 Ogos tahun lepas bukan retorik atau slogan semata-mata tetapi terbukti menjaga kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

"Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga," katanya.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan akan terus memberi perhatian dalam mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan dengan peruntukan RM124 juta kepada hampir 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) meliputi golongan isi rumah, bujang dan warga emas yang memerlukan.

"Kerajaan juga melaksanakan pelbagai pembangunan termasuk 12 projek pembinaan klinik kesihatan, hospital di Bachok, projek pembangunan Tok Bali dan pembinaan jambatan Palekbang yang dijangka siap pada 2025," katanya.

Pada majlis sama, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak mangsa Covid-19 dan mereka yang terkesan akibat pandemik berkenaan.