Keluarga Malaysia beri limpahan manfaat kepada rakyat: MB Kelantan

Iklan
Ismail Sabri (tengah) ketika merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital yang turut dihadiri Ahmad Yakob (dua dari kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (dua dari kanan) di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan negeri yakin pendekatan Keluarga Malaysia akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat negara khususnya rakyat Kelantan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kemakmuran masyarakat, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, ketika rakyat diuji dengan penularan wabak Covid-19 dan krisis ekonomi, Keluarga Malaysia boleh dianggap satu pendekatan yang tepat untuk membawa negara menuju pemulihan dengan sokongan padu seluruh rakyat dalam mengharungi saat- saat mencabar itu.

Iklan
Iklan

"Rakyat Kelantan juga menyambut baik semangat toleransi yang berasaskan konsep tasamuh dalam Islam sebagai satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang juga penyelaras AKM Kelantan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, rakyat Kelantan juga menyambut baik gagasan Keluarga Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan amat berbesar hati di atas kehadiran pemimpin nombor satu itu sempena program Jelajah AKM Kelantan.

Iklan

"Ini sekali gus menggambarkan keprihatinan dan kebersamaan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Kelantan serta rakyatnya selain merupakan simbol hubungan erat yang telah terbina, berasaskan konsep federalisme,” katanya. - Bernama