LBS bangunkan tanah di Genting Permai, Bentong

Iklan
Tan Sri Lim Hock San (belakang dua dari kanan) dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (belakang dua dari kiri) menyaksikan Datuk Seri Lim Hock Sing (depan dua dari kanan) dan Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dari (depan dua dari kiri) serta Datuk Razihan Adzharuddin (depan dari kiri) dan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat (depan dari kanan) di majlis menandatangani perjanjian di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, semalam.
SHAH ALAM - LBS Bina Group Berhad (LBS) melalui anak syarikat subsidiari Casa Inspirasi Sdn Bhd (Casa Inspirasi) memeterai perjanjian pembangunan tanah di Genting Permai, Bentong, Pahang.

Tanah dengan keluasan lebih 300 ekar itu terletak di kawasan strategik yang menjadi tarikan pelancongan terkenal seperti Genting Highlands, Genting Premium Outlet, Awana Genting Golf Course dan Gohtong Jaya.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, LBS merancang untuk membangunkan tanah tersebut sebagai sebuah pembangunan bercampur.

Iklan
Iklan

"Pembangunan yang bakal dibina itu terdiri daripada pangsapuri servis, rumah teres dua tingkat, rumah bandar, banglo dan institusi pendidikan serta kemudahan awam seperti sekolah dan hospital yang berdekatan. Nilai pembangunan kasar tersebut dijangka lebih daripada RM9 bilion.

"Antara produk LBS lain yang terletak di Genting Highlands adalah projek pangsapuri servis Midhills yang dilancarkan pada tahun 2014. Pangsapuri tersebut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti bersesuaian dengan gaya hidup alaf baru, berlatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi Genting Highlands. Projek ini meliputi tiga blok bangunan dengan 610 unit telah terjual sepenuhnya,”katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di sebuah Hotel di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sesi menandatangani perjanjian ini telah dilakukan oleh Pengarah Eksekutif Casa Inspirasi, Datuk Sri Lim Hock Sing, Pengarah Casa Inspirasi, Datuk Sri Wan Adnan Wan Mamat.

Iklan

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Razihan Adzharuddin sebagai saksi perjanjian.

Menurut Hock San, LBS turut melancarkan bangunan baru hotel SCAPES yang mempunyai 10 tingkat terdiri daripada 176 bilik, dewan serbaguna, gim, kolam renang, restoran, jakuzi dan kemudahan-kemudahan lain.

"Melalui pelancarannya pada Februari tahun lepas, hotel SCAPES telah menerima permintaan yang luar biasa daripada pelancong di dalam dan luar negara, kerana lokasi dan tarikan flora dan fauna yang ada disekelilingnya,”katanya.

Sementara itu, Hock San berkata, latihan korporat memberikan pihaknya peluang yang sangat baik untuk meluaskan kepakaran pembangunan hartanah dan pembinaan sekaligus mengukuhkan segmen pembangunan kediaman.

"Projek pembangunan di Genting Highlands menandakan usaha kami untuk terus mencapai wawasan syarikat dan mengembangkan aktiviti perniagaan kami. Lokasi yang strategik, dan tarikan pelancong dengan trafik pengunjung yang tinggi, kami optimis dengan potensi masa hadapan pembangunan Genting Highlands.

"Kami akan terus berusaha untuk mencari peluang pembangunan baru dan bersiap sedia untuk merebut setiap peluang yang tersedia jika ada yang bersesuaian.

"Kami percaya tanah ini terletak di lokasi yang strategik dan mampu menjamin pembangunan yang mampan sekaligus menawarkan kemudahan kepada komuniti setempat. Kami akan terus berpegang teguh kepada tiga tunggak utama LBS iaitu ‘mampu milik’, ‘kesalinghubungan’ dan ‘komuniti’ dalam setiap perkara yang kami lakukan,”katanya.