Ribut petir dijangka landa seluruh negara

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di seluruh negara. Foto Bernama.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat.

Iklan
Iklan

"Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Iklan
Iklan