BEIJING - Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu.
Pada Sabtu, bahagian Inner Mongolia, Xinjiang, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, Guizhou, Guangdong dan Guangxi dijangka mengalami suhu lebih 35 darjah Celsius, menurut Pusat Meteorologi Negara, lapor Xinhua.