KPLB syor pelajar keciciran akademik sertai TVET

Iklan
Mahdzir (dua dari kanan) menyerahkan surat penghargaan kepada kaunselor-kaunselor yang menyertai Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Negeri Kedah di SMK Kuala Nerang pada Sabtu.

KUALA NERANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan pelajar yang keciciran sekolah dan tidak berminat dengan akademik agar mengikuti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah institut seliannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seramai 48,785 pelajar telah mengikuti pembelajaran di 280 institut TVET milik KPLB di seluruh negara setakat Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bidang TVET juga menawarkan jaminan masa depan kepada mereka kerana permintaan terhadap bidang kemahiran ini seiring dengan kehendak industri pada hari ini.

"Saya mengesyorkan agar pelajar-pelajar yang keciciran sekolah ini jika mereka tidak minat akademik lagi dia boleh pergi kepada kemahiran (TVET).

Iklan

"Kita (KPLB) ada GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan lain-lain yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, dekat sini.

Iklan

Menurutnya, masalah keluarga dan kemiskinan dikenal pasti antara faktor kepada kes keciciran pelajar, namun kes tersebut dilihat masih kecil di kawasan luar bandar.

"Jumlah pelajar tercicir tidaklah ramai berbanding jumlah lima juta pelajar sekolah di seluruh negara.

"Guru kaunseling perlu ada modul untuk menarik mereka kembali ke sekolah dan sekiranya mereka tidak berminat kita cadang mereka ke laluan TVET.

"Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Negeri Kedah yang diadakan ini adalah juga untuk melihat bagaimana pelajar tercicir berhadapan dengan keluarga selain modul untuk menarik minat pelajar terbabit kembali ke sekolah," katanya.