Bomba selamatkan empat wanita sesat dalam hutan

Iklan
Anggota bomba berjaya menemui dan menyelamatkan empat sahabat yang sesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, Ampang pada Sabtu. - Foto JBPM

AMPANG - Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua wanita berkenaan bagaimanapun bernasib baik apabila dapat kekal berhubung melalui talian telefon untuk meminta bantuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebuah jentera bersama Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba Pandan dikerahkan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang.

"Pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 5.43 petang dan operasi menyelamat mangsa dijalankan. Semua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Kedudukan mangsa dianggarkan sejauh dua kilometer dari pusat kawalan bencana (PKB)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, kesemua mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia lingkungan 28 ke 32 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 8.04 malam dan dalam perjalanan keluar.

Iklan

"Pihak bomba bersama empat anggota polis sedang bergerak keluar dari lokasi mangsa ditemui ke PKB," ujarnya.