Rasuah jam mewah: Setiausaha politik menteri direman

Iklan
Lelaki berkenaan tiba di mahkamah jam 9.15 pagi memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.

PUTRAJAYA - Setiausaha politik (Setpol) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan berupa jam tangan mewah berjenama Omega yang bernilai RM28,000.

Tahanan reman itu bermula hari ini dan berakhir pada Jumaat ini.

Iklan
Iklan

Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal mengeluarkan perintah tahanan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah jam 9.15 pagi memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari diiringi oleh pegawai suruhanjaya itu.

Iklan

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Semalam, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan jam 5 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan setiausaha politik terima suapan jam RM28,000]

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah tersebut sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek sebuah kementerian.

Sementara itu, Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub dalam kenyataannya menegaskan, pihaknya tidak akan campur tangan dalam siasatan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin tidak campur tangan siasatan SPRM]

Salahuddin turut mengesahkan pegawainya ditahan SPRM.