KUALA LUMPUR - Pembelian bangunan pejabat enam tingkat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di London yang dimuktamadkan pada 12 Julai lepas dijangka akan memberikan pulangan yang baik sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pembelian itu yang merupakan pelaburan keenam TH di United Kingdom (UK) dijangka akan memberikan pulangan yang stabil membabitkan purata pulangan atas tunai dianggarkan sebanyak lima peratus setiap tahun.
"TH menerusi anak syarikat juga akan melaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan modal tunai ke atas hartanah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya lagi, hartanah itu yang terletak di kawasan strategik di tengah-tengah kota London, berstatus pemilikan kekal dan disewa oleh Kementerian Pengangkutan UK untuk tempoh lebih 11 tahun.
Justeru, beliau menjelaskan pembelian hartanah itu banyak memberi kelebihan dari segi kontrak sewaan yang panjang tidak boleh batal serta kadar sewaan yang meningkat setiap tahun, sekali gus menjangkakan nilai hartanah itu akan terus meningkat.
"Nilai hartanah itu turut dijangka akan terus meningkat disebabkan kadar sewa meningkat setiap tahun, lokasi yang strategik serta permintaan yang melebihi bekalan untuk aset berprofil tinggi di bandar raya London yang merupakan pusat kewangan terbesar dan antara destinasi pelaburan hartanah yang utama di dunia.
TH juga tidak perlu mengeluarkan modal kos penyelenggaraan bangunan memandangkan segala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa iaitu Kementerian Pengangkutan UK,” katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan, UK juga telah diberi kedudukan tertinggi dalam Global Real Estate Transparency Index, 2022 sebagai negara paling telus di dalam hartanah yang menarik ramai pelabur asing seluruh dunia.
Dalam pada itu, Amrin menambah bangunan pejabat setinggi enam tingkat dan berkeluasan 179,869 meter persegi yang dikenali sebagai Great Minster, 33 Horseferry Road, Victoria itu dibeli di bawah nilai pasaran berdasarkan penilaian jurunilai profesional bebas.
"Bangunan itu yang menempatkan Kementerian Pengangkutan UK di kota raya London bernilai £247.5 juta (kira-kira RM1.3 bilion) pada 12 Julai lalu dibeli bawah nilai pasaran.
"Hartanah tersebut dibeli di bawah nilai pasaran semasa £250 juta berdasarkan penilaian oleh dua jurunilai profesional bebas, CBRE dan Colliers,” katanya.
Amrin menambah pelaburan itu merupakan penyusunan semula portfolio hartanah TH melibatkan hasil penjualan hartanah sedia ada digunakan untuk pelaburan baharu yang memberikan pulangan lebih baik.
"Pelaburan TH adalah selaras dengan tahap risiko yang ditetapkan dan mengikut lokasi strategi aset bagi mencapai portfolio yang seimbang dan kepelbagaian risiko untuk memperolehi kadar pulangan yang stabil dan mampan,” katanya. - Bernama.