Bukan masa sesuai rakyat beli rumah

Iklan
Prof Dr Ismail Omar

KUALA LUMPUR - Naib Canselor Universiti Geomatika Malaysia yang juga pakar dalam bidang hartanah, Profesor Dr Ismail Omar tanpa berselindung menegaskan ini bukanlah masa terbaik untuk rakyat Malaysia membeli rumah.

Tegas beliau, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah satu perkara yang menyusahkan rakyat kerana ia naik terlalu tinggi sehingga 2.25 peratus.