Gagal fokus hingga saat akhir punca MUFC tewas

Iklan
Pemain MUFC, Adriano Aparecido Narcizo (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan JDT, Shahrul Mohd Saad (kiri) pada aksi saingan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. - Foto Bernama

GAGAL fokus hingga saat akhir perlawanan menjadi antara punca gawang gol Melaka United FC (MUFC) bolos pada minit terakhir perlawanan aksi suku final Piala FA menetang Johor Darul Ta'zim (JDT), di sini malam tadi.

Iklan
Iklan

Pengendali skuad Hang Tuah, Mohd Asri Ninggal mengakui ia kesilapan sendiri selepas berjaya mengikat kedudukan 1-1 dan terpaksa menunggu hingga minit ke-84.

"Kita patut salahkan diri sendiri kerana tidak fokus hingga akhir permainan. Pun begitu, kredit perlu diberikan kepada pemain saya kerana walaupun ketinggalan sejak minit ke-4, kami berjaya mengikat kedudukan hingga hujung permainan," katanya selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.

Iklan

Beliau berkata, prestasi dan corak permainan MUFC sepanjang 90 minit perlawanan itu juga menunjukkan pasukan itu boleh menandingi mana-mana pasukan selepas ini.

"Johor juga 'lemah' jika Bergson (Da Silva) tiada dan dia adalah penyerang terbaik yang Malaysia ada setakat ini,” katanya.

Iklan

Pada aksi malam tadi, kapten pasukan, Sony Norde muncul wira pasukan apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-84.

Bagaimanapun Bergson Da Silva memastikan JDT mara ke aksi separuh akhir apabila menjaringkan gol pada waktu kecederaan, sekali gus melenyapkan impian MUFC apabila keputusan kekal 1-2 hingga ke wisel penamat. - Bernama