Himpunan #Turun: 30 individu akan dipanggil bantu siasatan

Iklan
Himpunan #Turun yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 individu termasuk penganjur himpunan #Turun akan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan himpunan yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu itu dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa.

Iklan
Iklan

"Individu yang dipanggil akan disahkan selepas rakaman keterangan selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan Aktivis politik, Mandeep Singh berkata, antara individu yang dipanggil adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Iklan

Individu yang dipanggil polis itu akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebelum ini, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan terhadap himpunan yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.

Iklan

Polis telah mengesan satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang dihadiri kira-kira 100 individu yang terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik.