Jenazah lima mangsa nahas selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada Ahad.

BUTTERWORTH - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada Ahad.

Jenazah Ahmad Khomaini Baba, 32; isterinya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; anak mereka, Zara Hana, 6 bapa serta ibu Siti Aishah, Mohd Rodhi Othman, 64 dan Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 2.50 petang.

Kira-kira 500 orang hadir solat jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa.

Iklan
Iklan

Jenazah lima sekeluarga berkenaan sebelum itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Gerik, Perak dan tiba di masjid pada jam 12.55 tengah hari.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan lima individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa.

Iklan

Mangsa terlibat dikenali sebagai Mohd Rodhi Othman, 58, Ahmad Khomaini Abu, 30-an, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, enam tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, nahas melibatkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaiki lima mangsa.

Iklan