WASHINGTON - Gabenor California, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di Mariposa County susulan kebakaran besar sehingga mengakibatkan ribuan penduduk di kawasan Taman Negara Yosemite terpaksa berpindah.
"Gabenor Gavin Newsom hari ini mengisytiharkan darurat di Mariposa County akibat kejadian Oak Fire yang telah memusnahkan rumah, menjejaskan infrastruktur penting dan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan," menurut pejabat gabenor dalam satu kenyataan pada Sabtu.