Masih Relevankah Telefon Awam ?

Iklan
Tinjauan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati terdapat telefon awam tidak berfungsi dan rosak terutamanya di kawasan luar sekolah akibat perbuatan vandalisme.Masih relevankah telefon awam pada era teknologi serba canggih kini?

Boleh dikatakan hampir semua individu mempunyai telefon bimbit sendiri, tanpa mengira peringkat umur.Telefon awam mungkin dilihat sebagai medium telekomunikasi yang sudah tidak diperlukan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat pengendali telefon tersebut kerana penggunaannya tidak meluas seperti era 70-an hingga 90-an.

Kepesatan teknologi telekomunikasi dengan penggunaan meluas aplikasi media sosial seperti whatapps, facebook dan telegram pada hari ini membuatkan perkhidmatan telefon awam menjadi ‘usang' sehinggakan ada tangan-tangan ‘gatal’ yang merosakkannya.Masih ada pihak yang ditemui Bernama berpendapat telefon awam masih relevan kerana ianya mungkin menjadi ‘talian hayat’ kepada mereka yang memerlukannya pada waktu kecemasan.

Pelajar sekolah misalnya, yang tidak boleh membawa telefon pintar ke sekolah, memerlukan telefon awam untuk menghubungi ibu bapa mereka selepas tamat sesi persekolahan.Dalam hal kecemasan lain seperti kebakaran, kemalangan atau bencana alam, telefon awam masih diperlukan sekiranya telefon pintar tidak berfungsi atas pelbagai faktor. - Foto Bernama