Tiga maut, dua cedera insiden tembakan di universiti Manila

Iklan
Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah universiti di Metro Manila pada Ahad. - Foto AFP

MANILA - Insiden tembakan di sebuah kampus universiti di Metro Manila pada Ahad, mengorbankan tiga individu, manakala dua lagi cedera, menurut polis Filipina.

Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila mengesahkan kejadian berlaku pada jam 2.55 tengah hari waktu tempatan di pintu masuk Universiti Ateneo de Manila di Quezon City, lapor Agensi Berita Xinhua.

Iklan
Iklan

"Seorang pengawal keselamatan turut terbunuh," kata Pengarah daerah Polis Quezon City, Remus Medina.

Dalam kejadian itu, suspek cuba melarikan diri menggunakan kereta tetapi berjaya ditahan pihak polis.

Iklan

Ejen Biro Penyiasatan Kebangsaan juga telah dikerah ke lokasi kejadian"untuk menyiasat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak universiti."

Kampus"ditutup buat masa ini," menurut universiti itu.

Iklan

Ketua Hakim Negara Mahkamah Tinggi, Alexander Gesmundo dijadual menghadiri majlis graduasi lulusan undang-undang pada petang Ahad.

Jurucakap Mahkamah Agung Brian Hosaka berkata Gesmundo"yang dalam perjalanan ke lokasi itu dinasihatkan untuk berpatah balik". - Bernama