JKNS rampas 382 botol arak bernilai RM9,780

Iklan
Sha’ari

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas sebanyak 382 botol minuman alkohol pelbagai jenama bernilai RM9,780 dalam Operasi Khas Penguatkuasaan Minuman Beralkohol seluruh negeri itu pada Selasa dan Rabu lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, sebanyak 15 notis di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985 turut dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan lain dengan nilai kompaun berjumlah RM47,500.

Iklan
Iklan

"Antara kesalahan yang ditemukan adalah kesalahan label iaitu tiada nama dan alamat pengimport, tiada perkataan ‘Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan’ pada bungkusan dan gagal mempamerkan notis di hadapan lokasi jualan.

"Selain itu, penjual tidak meletakkan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur di bawah 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, 11 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk Pusat Kesihatan (PK) di negeri itu digerakkan bagi menjalankan operasi tersebut.

Beliau berkata, JKNS menyeru kepada semua pengguna dan pembeli agar lebih prihatin terhadap penjualan produk makanan terutamanya minuman beralkohol bagi mengelakkan kes keracunan metanol yang biasa dikaitkan dengan minuman tersebut.

Iklan

"Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan premis yang melanggar perundangan makanan kepada PKD terdekat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) atau di laman sosial Facebook JKNS,” katanya. - Bernama