Mizushima ungguli IRONMAN 70.3 Desaru Coast

Iklan
Mizushima juarai Ironman 70.3 Desaru Coast selepas mengharungi disiplin berenang sejauh 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21.1km di Desaru Coast pada Ahad.

KENSHIN Mizushima muncul juara bagi kategori 18 hingga 24 tahun IRONMAN 70.3 Desaru Coast selepas menamatkan semua tiga cabaran dalam masa empat jam 18 minit dan 20 saat (s), di Kota Tinggi pada Ahad.

Atlet dari Jepun yang memenangi gelaran Ironmannya yang pertama itu menewaskan atlet Malaysia Darrell Tan (5:35.06s), manakala Francesc Batllo Simo dari Sepanyol di tempat ketiga (5:37.0.5s).

Iklan
Iklan

Kesemua peserta bermula dengan berenang sejauh 1.9 kilometer (km), diikuti berbasikal 90km, sebelum menamatkan perlumbaan dengan larian sejauh 21.1km.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan itu, Mizushima, 21, berkata, ia satu perlumbaan yang mencabar dan beliau tidak jangka akan memenanginya.

Iklan

"Untuk IRONMAN 70.3 Desaru Coast, saya berlatih dengan bersunguh-sungguh sejak dua tidak bulan lepas. Saya amat gembira untuk memenanginya.

"Ini kejayaan terbaik saya kerana ini penyertaan Ironman saya yang kedua. Oleh sebab itu, saya amat gembira untuk berjaya mencapai tahap ini," kata pelajar Universiti Mae Fah Luang di Chiang Rai, Thailand itu.

Iklan

Kemenangan ini membolehkan Mizushima layak ke Kejohanan IRONMAN 70.3 Dunia di Finland yang akan berlangsung, Ogos tahun depan.

Terdahulu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyempurnakan pelepasan peserta IRONMAN 70.3 Desaru Coast itu pada 7.10 pagi dengan sejumlah 1,475 atlet daripada 50 negara mengambil bahagian.

Semalam dua atlet Malaysia, Nigel Ng Kar Kean dan Mayumi Shinozuka menjuarai acara 5150 Triatlon Desaru Coast, masing-masing bagi acara lelaki dan wanita kategori 18 hingga 24 tahun. - Bernama