Bayi mati dalam kereta akibat cuaca panas

Iklan
Bayi berusia 14 bulan ditemui mati di dalam kereta di tempat letak kenderaan di Bordes baru-baru ini. - Google Street View

PARIS - Seorang bayi yang berusia sekitar setahun ditemui mati di dalam kereta dalam cuaca panas di Bordes, barat daya Perancis baru-baru ini.

Kejadian berlaku selepas bapa anak kecil yang berusia 14 bulan itu dikatakan terlupa untuk menghantarnya ke pusat bimbingan kanak- kanak.

Iklan
Iklan

Anak kecil itu dilaporkan ditinggalkan di dalam kenderaan di tempat letak kereta di tempat kerja bapanya.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil itu mati akibat sesak nafas dan dehidrasi, kata seorang pendakwa raya, Cecile Gensac.

Iklan

Ketika kejadian, suhu adalah lebih 22 darjah Celsius.

Pada mulanya, anak kecil itu didapati tidak hadir di pusat bimbangan kanak-kanak.

Iklan

Ini menyebabkan ibunya berasa bimbang sebelum Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang mana mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang. - Agensi