Tindakan kurang bertanggungjawab - IDRIS

Iklan
IDRIS menyifatkan tindakan meremehkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebagai perbuatan kurang bertanggungjawab. Foto hiasan

SHAH ALAM - Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Antarabangsa Untuk Kelestarian (IDRIS) menyifatkan tindakan meremehkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebagai perbuatan kurang bertanggungjawab.

Pengerusinya, Datuk Nizam Mahshar berkata, sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu lebih cakna dan serius berhubung pendedahan yang dikemukakan termasuk kajian daripada Transparency International Malaysia (TI-M).

Iklan
Iklan

Katanya, kajian CPI oleh TI-M perlu dilihat secara lebih serius oleh SPRM kerana ia adalah based line yang mengukur sejauh mana isu rasuah dan kes penyalahgunaan kuasa berlaku di negara ini, bukanya sekadar menyatakan ia sebagai persepsi masyarakat.

"Jika persepsi yang didedahkan CPI itu mampu menunjukkan apa yang berlaku (isu rasuah) di negara ini, maka pastinya wujud masalah dan ia perlu diatasi dengan sebaiknya.

Iklan

"Azam tidak boleh stated down play atau meremehkan apa yang diumumkan oleh TI-M itu kerana ia boleh dianggap sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pegawai tinggi dalam penjawat awam.

"Berkemungkinan realiti jauh lebih teruk berlaku, berbanding pendedahan TI-M,” katanya.

Iklan

Nizam berkata, SPRM seharusnya melihat kenyataan yang dikeluarkan TI-M dalam bentuk yang lebih positif dan kritikal.

Tegas beliau, kajian CPI itu sewajarnya diambil sebagai alarm bell yang sebaiknya untuk mengekang isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Jelasnya, SPRM perlu melihat kepada implikasi amalan rasuah rasuah yang gagal ditangani sebaiknya kerana ia memberi kesan besar kepada negara dan rakyat.

Katanya, jika amaran isu rasuah tidak segera ditangani, ia dikhuatiri menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara.

"Sekiranya maklumat seperti CPI itu tidak diambil serius, kita khuatir ekonomi negara menjadi malap akibat rasuah dan salah guna kuasa.

"Oleh itu, SPRM jangan sesekali memandang rendah apa yang diumumkan TI-M, sebaliknya berusaha melaksanakan tindakan untuk memperbaiki indeks negara dalam CPI,” katanya.