[VIDEO] Seorang rentung nahas empat kenderaan

Iklan
Seorang rentung dalam nahas empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya menghala ke Bakar Batu, awal pagi Isnin.- Foto tular di media sosial

JOHOR BAHRU - Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala ke Bakar Batu, awal pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa yang rentung tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

"Seramai 13 anggota dari BBP Larkin dibantu sembilan anggota BBP Johor Jaya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.10 pagi.

Iklan

"Setibanya anggota di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW terbakar 90 peratus, van pekerja kilang (terbakar 90 peratus) dan Perodua Myvi (terbakar 60 peratus) manakala Honda City tidak terbakar akibat kemalangan jalan raya.

"Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera serta membantu mengeluarkan mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, mangsa yang dikeluarkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Mohd Suhaimi, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat