Terengganu jelaskan RM472.78 juta hutang kerajaan pusat

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Terengganu melunaskan sejumlah RM472.78 juta bayaran balik hutang dengan kerajaan Persekutuan bagi tempoh Januari 2019 hingga Jun 2022.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengurangan bebanan hutang kerajaan negeri dibuat secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, sebanyak RM733.12 juta jumlah hutang direkodkan pada 2019 dan bayaran balik dilaksanakan melalui pemotongan 25 peratus bayaran tunai petroleum.

"Pada 2020 pula, sejumlah RM309.97 juta hutang direkodkan dan bayaran balik sebanyak RM31.86 juta dilakukan melalui melalui pemotongan lima peratus bayaran tunai petroleum.

Iklan

"Pada 2021, jumlah hutang direkodkan sebanyak RM279.97 juta dan bayaran balik sebanyak RM15.20 juta dibuat secara tunai," katanya ketika menjawab soalan lisan oleh Hilmi Harun (Pas-Manir) yang dikemukakan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, disini, pada Isnin.

Katanya, baki pinjaman mengikut pecahan projek melibatkan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berjumlah RM3.2 juta, Rancangan Bekalan Air (RM226.7 juta) dan Perumahan Awam Kos Rendah (RM37.16 juta).

Iklan

Dalam pada itu, katanya, bayaran 'scheduled payment' dan 'deferred payment' adalah berjumlah RM156.57 juta pada 2019, RM281.96 juta pada 2020 dan RM439.74 juta pada 2021.

Beliau berkata, peratusan jumlah hutang, 'scheduled payment' dan 'deferred payment' berkenaan berbanding anggaran hasil adalah sekitar 29 peratus bagi 2019, 19 peratus (2020) dan 36 peratus (2021).

Jelas beliau, jumlah 'scheduled payment' dan 'deferred payment' yang perlu dijelaskan tahun ini mencecah 54 peratus daripada anggaran hasil.

"Mengambil kira komitmen kewangan ini dan perbelanjaan mengurus yang lain, kerajaan negeri berdepan kedudukan fiskal yang mencabar untuk berbelanja terutama bagi membangunkan projek-projek baharu.

"Bagaimanapun, Terengganu masih berupaya menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengatur keutamaan dalam perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah.

Inisiatif seperti bantuan tunai untuk menyokong kewangan rakyat yang terjejas dapat disampaikan, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan projek perumahan rakyat serta rumah mampu milik (RMM) juga dapat diteruskan,"katanya.