Ujian berganda buat bekas atlet paralimpik

Iklan
Mohd Faizal bersama isteri dan empat anaknya.

SEREMBAN - Sudahlah diuji dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot, atlet paralimpik, Mohd Faizal Ali, 37, kini berdepan pula dengan ujian rumahnya dinaiki air Jumaat lalu.

Lebih memeritkan dalam tempoh tahun ini sahaja, sudah tiga kali rumah sewanya di Taman Happy, Rasah di sini berdepan bencana banjir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan keadaan dirinya yang kudung kaki kiri selain berdepan masalah jantung dan penglibatan kabur, ujian dihadapi dirasakan sangat berat.

"Saya menyewa di Taman Happy itu sudah hampir dua tahun, tak mampu lagi nak hadap ujian ini kerana setiap kali banjir banyak barang rosak dan perlu diganti.

Iklan

"Saya bukannya orang senang, bayaran sewa rumah ini pun sudah enam bulan tertunggak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah inap desa di Senawang di sini pada Isnin

Jelasnya, dalam kejadian banjir kilat Jumaat lalu, perkakas peniagaan membuat biskut dan keretanya rosak dimasuki air sedalam 0.5 meter.

Iklan

Ia menyebabkan bapa kepada empat cahaya mata itu berhasrat berpindah ke rumah sewa lain namun mengakui ia bukan mudah lebih-lebih lagi dengan keadaan diri ketika ini.

"Kini saya perlu bergantung dengan ubat tahan sakit kerana masalah gout dihadapi bertambah teruk sehingga menyukarkan pergerakan.

"Sebab itu kalau ada rumah sesuai dengan kadar sewa bawah RM600, saya memang nak terus pindah kerana tak mampu lagi nak hadap banjir," katanya.

Mohd Faizal menunjukkan gambar keadaan rumah sewanya ketika dinaiki air.

Mohd Faizal berkata, untuk meneruskan hidup, dia dan isteri menjalankan perniagaan menjual biskut 'homemade' secara dalam talian.

Bagaimanapun katanya, sejak empat bulan lalu perniagaan itu terpaksa dihentikan kerana keadaan kesihatan yang memerlukannya berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan.

"Sebelum ini saya pernah jual burger dan ayam goreng, tapi terpaksa tukar jenis perniagaan lain kerana tidak mampu berdiri lama.

Sebab itu sekarang ini saya hanya fokus jual biskut kerana boleh buat dari rumah.

"Namun dua oven yang digunakan pun dan rosak ditenggelami banjir," katanya.

Ujarnya, dalam tempoh empat bulan tidak menjalankan perniagaan, dia terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan bagi meneruskan hidup.

Mohd Faizal berkata, ada menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Pihak Baitulmal pun ada bantu barang keperluan dan pernah menjelaskan tunggakan bil api sebanyak RM900.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah inap desa milik tuan rumah sewa saya.

Tapi nak berdepan dengan masalah banjir ini saya tak mampu lagi," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Faizal di talian 01131815447.