TOBI Amusan dari Nigeria mencatat rekod dunia baharu dalam acara 100 meter lari berpagar wanita pada penutup Kejohanan Olahraga Dunia di sini pada Ahad, lapor Xinhua.
Atlet Nigeria itu memperbaharui rekod dunia dengan catatan masa 12.12 saat, mengatasi rekod sebelum ini milik atlet dari Amerika Syarikat Kendra Harrison dengan catatan masa 12.20 saat yang dibuat pada Julai 2016. - Bernama