247 projek perkilangan bernilai RM7.51 bilion diluluskan

Iklan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

SHAH ALAM - Sebanyak 247 projek perkilangan diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM7.51 bilion pada tahun lepas.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, jumlah pelaburan tersebut adalah berdasarkan sumber yang diperoleh daripada pihak MIDA.

Iklan
Iklan

"Bagi tempoh 2021, sebanyak 247 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM7,511,043,867 membabitkan 14, 393 peluang pekerjaan, RM6,052,770,679 pelaburan tempatan dan RM1,458,273,188 pelaburan asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu) mengenai jumlah pelaburan yang berjaya diperoleh sejak 2021pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri Selangor menerusi Invest Selangor turut giat mempromosikan industri bioteknologi dalam usaha menarik minat pelabur.

Menurutnya, kerajaan negeri telah mewujudkan Selangor Biotechnology Coordination Office (SBIOCO) di bawah Invest Selangor bagi memperkasa industri bioteknologi dan menyelaras perlaksanaan Pelan Tindakan Hala Tuju Industri Bioteknologi di negeri Selangor.

Iklan

"SBIOCO telah ditubuhkan pada September 2021 dan memulakan operasi pada Februari 2022.

"Usaha mempromosi industri bioteknologi mulai tahun 2022 di mana beberapa siri lawatan kerja telah dianjurkan Invest Selangor bagi mempromosikan industri Bio-Tech di Selangor yang telah berjaya menarik minat dan pertimbangan pelabur-pelabur.

"Di antara siri lawatan yang ingin diketengahkan adalah lawatan ke Pulau Pinang dan Johor," katanya menjawab pertanyaan Kee Hiong mengenai usaha kerajaan negeri untuk menarik minat pelabur dalam industri bioteknologi.