Jangan semberono sebar gambar lama Gunung Inas: Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi. - Foto Bernama (Gambar kecil: Nurul Izzah memuat naik gambar lama Gunung Inas gondol pada Ahad.)

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan pemimpin luar agar tidak semberono memuat naik gambar lama Gunung Inas yang digondolkan.

Beliau berkata, perbuatan itu hanya akan mengeruhkan keadaan selain memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri Kedah.

Iklan
Iklan

Menurut Muhammad Sanusi, gambar lama tanpa menyatakan sebarang maklumat serta tarikh ia dirakamkan tidak menyumbang kepada kebaikan malah boleh menimbulkan fitnah.

"Memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu perkara boleh mengundang implikasi undang-undang seolah-olah pihak yang berkaitan tidak mengikut undang-undang, sedangkan mereka miliki kelulusan dan mengikut syarat-syarat yang dikenakan oleh agensi-agensi sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memuat naik gambar Gunung Inas yang dirakamkan pada 2019, menyaksikan gunung berkenaan gondol tanpa tanaman setelah dilakukan teres.

Muhammad Sanusi sebelum itu secara berseloroh turut mempersoal tindakan Nurul Izzah itu di laman Facebook miliknya.

Iklan

"Adinda Nurul... foto yang menumbuhkan kesedihan lalu Dinda kongsikan di laman Facebook itu foto lama, Gunung Inas Baling pada tahun 2019. Kenapa baru sekarang Dinda bersedih? Tidakkah pada tahun 2019 Dinda juga punya perasaan?” kata Muhammad Sanusi.

Bagi memperjelas kekeliruan berhubung gambar berkenaan, Muhammad Sanusi turut memuat naik gambar sebenar yang dikongsi oleh Nurul Izzah itu di laman Facebook, dengan menyatakan tarikh ia dirakamkan, iaitu pada 17 Januari 2019.

Tangkap layar Facebook milik Muhammad Sanusi memperjelas kekeliruan berhubung gambar lama Gunung Inas yang disebarkan.

"Elakkan membuat tanggapan sendiri, contohnya ada pihak mengatakan kolam tadahan air sebesar padang bola telah pecah dan mengakibatkan bencana lumpur di Kupang, Baling, padahal tidak ada sandaran kukuh berhubung kenyataan itu. Kemungkinan yang pecah itu adalah perangkap lumpur,” katanya lagi.

Pada 4 Julai lalu, bencana banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Baling dikaitkan dengan projek ladang durian musang king di puncak Gunung Inas, yang mengorbankan tiga nyawa penduduk dan ribuan penduduk terjejas.