Bapa lega kos pembedahan ditanggung MAINS

Iklan
Laporan Sinar Harian

SEREMBAN - Seorang bapa lega apabila baki kos pembedahan anak bongsunya yang menderita penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok yang berjumlah RM13,730 akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Kisah Adzmarudin Abd Rahman, 54, yang runsing memikirkan kos pembedahan anaknya Ahmad Darwisy Farhan, 19, yang keseluruhan berjumlah RM31,730 pernah dilaporkan Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Bagi kos sebanyak RM18,000 ditanggung Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Menurutnya, bantuan perubatan itu telah pun diluluskan melalui surat jaminan (GL) daripada MAINS pada Jumaat lalu.

Iklan

"Saya lega dan bersyukur. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mempercepatkan urusan pembedahan anak saya.

"Anak saya tak sabar nak buat pembedahan kerana dia sudah lama menahan sakit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Ujarnya, tidak menyangka selepas kisahnya dilaporkan media, ramai yang menghubunginya mahu membantu dan turut menitipkan doa.

Katanya, bukan mudah untuknya berkongsi permasalahan dan dilaporkan di dalam akhbar, namun ternyata ia memberi seribu hikmah.

"Ramai yang hubungi saya yang saya tak kenal pun. Tapi mereka mahu membantu dan ada kirimkan kata-kata semangat dan doa.

"Saya betul-betul tak sangka. Hanya jutaan terima kasih mampu saya ucapkan buat semua," katanya.