Kadar jenayah di Pulau Pangkor antara terendah

Iklan
Mior Faridalathrash (dua dari kiri) mendekati peniaga bagi menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan jenayah sempena Program High Profile Policing (HPP) di Pulau Pangkor pada Isnin.

LUMUT - Pulau Pangkor yang menerima pengiktirafan sebagai pulau bebas cukai sejak 2020 merekodkan kadar jenayah antara paling rendah di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keadaan keselamatan di kawasan pusat peranginan terkemuka itu adalah terkawal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak industri pelancongan dibuka sepenuhnya, belum ada lagi laporan jenayah diterima melibatkan pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara.

"Tumpuan kita adalah mahu pastikan pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pangkor berada dalam keadaan selamat.

Iklan

"Apabila berada dalam keadaan selamat, ramai lagi pelancong datang dan ini dapat membantu meningkatkan kegiatan ekonomi di sini," katanya kepada pemberita sempena Program High Profile Policing (HPP) di Pulau Pangkor di sini pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Iklan

Mior Faridalathrash berkata, HPP yang dilaksanakan di Pulau Pangkor ini antara inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendekatkan diri dengan masyarakat.

Katanya, kerjasama antara masyarakat dan polis telah banyak membantu pasukan itu dalam menangani kegiatan jenayah.

"Kita nak buktikan bahawa polis dan masyarakat ini saling memerlukan iaitu kerjasama dalam memberikan maklumat.

"Polis juga akan membantu mereka jika menghadapi masalah berkaitan jenayah," katanya.