'Ambil tindakan segera, elak tragedi banjir berulang di Kedah'

Iklan
Nurul Izzah

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan tindakan segera perlu diambil untuk mengelak tragedi banjir di Kedah daripada berulang ekoran akan memberi kesan kepada bekalan air di Pulau Pinang.

Nurul Izzah berkata, air mentah dari Sungai Muda, Kedah tercemar dengan selut dan pasir hingga menyebabkan loji rawatan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Iklan
Iklan

"Tindakan untuk mengelakkan tragedi lanjutan perlu disegerakan. Kita mahu mana-mana kerajaan mengambil serius kerana dalam tempoh masa begitu singkat, tidak kira siapa memerintah, kita hanya mampu melakukan sedaya mungkin bagi menjaga keselamatan rakyat.

"Atas dasar itu saya suarakan aduan Pakcik Abdulrahman yang dibawa sekitar tahun yang sama. Benar, kita perlu menyuarakan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar bukannya mendahulukan pembangunan berdasar keuntungan walau sesiapapun yang memerintah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi catatan di laman Facebook menempelak tindakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang memuat naik gambar keadaan Gunung Inas yang diratakan pada 2019.

Susulan itu, Nurul Izzah membalas kenyataan tersebut dengan memberi gambaran tidak menuding kesalahan kepada mana-mana pihak diikuti dengan lirik lagu 'Bernafas dalam lumpur' daripada kumpulan Wings.

Iklan

"Alhamdulillah MB (Menteri Besar) beri respon walau kita tidak menuding jari kepada mana-mana parti.

"Sebagaimana saya pernah menulis dahulu, tiada beza antara anggota UMNO atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas mahupun DAP sedang kita sesak, bernafas dalam lumpur," katanya.