Shahril Sufian nafi terima dana dari UKSB

Iklan
Shahril

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyangkal dakwaan telah menerima wang bernilai RM1.162 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Shahril Sufian yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri berkata, beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya menegaskan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

"Malah, saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan lejar yang kononnya mengandungi nama ‘S Pat’ mahupun kandungan lejar tersebut.

Iklan

"Saya selanjutnya menyatakan bahawa saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun berkenaan perkara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas kenyataan saksi dalam kes perbicaraan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Iklan

Dalam keterangan itu, saksi memberitahu mahkamah bahawa Shahril adalah antara penerima dana politik daripada UKSB.