Ribuan burung mati di Kepulauan Farne

Iklan
Ribuan ekor burung mati di Kepulauan Farne baru-baru ini. - Foto PA

LONDON - Ribuan burung mati di habitat burung terpenting di United Kingdom (UK) baru-baru ini, lapor akhbar Metro.co.uk.

Kejadian itu berlaku di Kepulauan Farne kerana hidupan liar tersebut dilanda selesema burung.

Iklan
Iklan

Renjer-renjer terpaksa memakai pakaian pelindung untuk mengambil bangkai-bangkai burung tersebut.

Setakat ini, mereka telah mengambil lebih daripada 3,000 bangkai untuk dibakar.

Iklan

Bagaimanapun, pakar-pakar bimbang jumlah sebenar hidupan liar tersebut boleh mencecah puluhan ribu.

Banyak lagi burung daripada perlbagai jenis dipercayai jatuh dari tebing ke Laut Utara selepas ia tidak sihat.

Iklan

Kepulauan Farne adalah habitat penting untuk 23 spesies burung dengan 200,000 ekor tinggal di sana. - Agensi