WASHINGTON - Para penyelidik Britain pada Isnin melaporkan satu kejayaan dalam kes hepatitis misteri yang menjejaskan kanak-kanak kecil.
Mereka mendapati kes hepatitis misteri yang serius itu berlaku dikaitkan dengan jangkitan bersama dua virus biasa.
Iklan
Iklan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kemungkinan terdapat 1,010 kes misteri tersebut termasuk 46 kes yang memerlukan pemindahan hati dan 22 kematian akibat penyakit itu sejak Oktober tahun lalu.
Dalam dua kajian baru yang dijalankan secara bebas dan serentak di Scotland dan London, para saintis menemui virus lain dikenali sebagai virus pembantu Adeno (AAV2) dan terdapat dalam kebanyakan pesakit yang diperiksa.
"Kehadiran virus AAV2 dikaitkan dengan hepatitis yang tidak dapat dijelaskan pada kanak-kanak," kata profesor penyakit berjangkit, Emma Thomson dari Universiti Glasgow, Scotland, dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.