Selangor tidak sedia skim bina rumah di tanah milik sendiri

Iklan
Rodziah semasa menjawab soalan Mohd Imran pada Sidang DUN pada Selasa.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak menyediakan skim pembinaan rumah di atas tanah hak milik sendiri bagi golongan B40.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, dasar perumahan mampu milik kerajaan Selangor yang ditawarkan khusus kepada golongan B40 adalah program pemilikan Rumah Selangorku, manakala skim sewaan PPR dan Smart Sewa bagi bagi skim penyewaan.

Iklan
Iklan

"Antara skim bantuan perumahan yang disediakan kerajaan negeri adalah program pemilikan rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin yang mengemukakan soalan berkaitan adakah kerajaan Selangor menyediakan dana atau skim khas untuk bantuan bina rumah di atas tanah milik sendiri bagi golongan B40 semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Bangunan DUN Selangor pada Selasa.

Iklan

Rodziah berkata, sepanjang tahun ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan pembangunan 675 unit Rumah Selangorku membabitkan empat projek untuk ditawarkan sebagai program pemilikan kepada golongan sasaran.

"Projek tersebut kini dalam proses mendapatkan kelulusan pembangunan daripada jabatan dan agensi teknikal sebelum memulakan pembinaan di lapangan," kata beliau.

Iklan