Malaysia-Indonesia bekerjasama banteras jenayah rentas sempadan

Iklan
Wakil dari agensi penguatkuasaan maritim dari kedua-dua negara semasa menyempurnakan majlis pelancaran Paktor Optima. Foto Maritim Malaysia.

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berganding bahu membanteras jenayah bersama penguat kuasa maritim dari Indonesia menerusi Operasi Patrol Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim (Patkor Optima) siri 29A/2022 di sekitar perairan Selat Melaka.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan Veloo berkata, operasi tersebut dijalankan bermula Isnin hingga 5 Ogos dengan memberi tumpuan terhadap laluan 'panas' yang menjadi sasaran penjenayah rentas sempadan berkenaan di Selat Melaka.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 12 buah aset dari Malaysia dan lima dari Indonesia diatur gerak untuk membuat pengawasan di sepanjang Selat Melaka untuk memastikan perairan di kedua-dua negara bebas dari perlakuan jenayah rentas sempadan.

"Jenayah seperti penyeludupan migran, dadah dan kontraban serta isu pencerobohan bot nelayan merupakan kegiatan yang lazim berlaku di Selat Melaka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pannir Selvan berkata, kolaborasi antara agensi penguat kuasa terbabit penting dalam memastikan masyarakat kedua-dua negara bekerjasama membanteras jenayah rentas sempadan kerana ianya memerlukan komitmen bersepadu dari semua pihak terlibat.

Katanya, siri eksesais dwi-tahunan itu diadakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Iklan
Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sebanyak 12 aset dari Malaysia dan lima dari Indonesia terlibat dalam eksesais di perairan Selat Melaka terbabit. Foto Maritim Malaysia.

"Paktor Optima dijadikan pentas penguat kuasa dari kedua-dua negara mengenal pasti isu semasa membabitkan jenayah rentas sempadan serta kaedah terbaik menyelesaikannya di mana pelaksanaannya telah tertangguh kira-kira dua tahun disebabkan pandemik Covid-19," katanya.

Beliau berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi edisi latihan kali ini di mana acara perasmian telah disempurnakan bersama Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM), Laksamana Pertama Bakamla Bambang Irawan S.E.M. Tr. Sopla dari Indonesia.

"Siri 29A/2022 ini akan dimulai dengan sesi pembentangan dan perbincangan antara kedua-dua negara sebelum ke fasa rondaan di laut serta dijangka berakhir pada 5 Ogos menerusi majlis penutupnya di Indonesia," ujarnya.