Kerajaan didesak lebih tegas terhadap jabatan hutan, PBT

Iklan
Puncak Gunung Inas yang dirakam selepas tragedi kepala air baru-baru ini. Gambar kecil: Johari Abdul

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak agar lebih tegas dengan jabatan perhutanan dan pihak berkuasa negeri bagi memastikan tidak mudah untuk menebang balak dan ‘mencabut’ status hutan sewenang-wenangnya susulan isu Gunung Inas, Kupang, Baling.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menegaskan, kekuatan harus ada di setiap kementerian berhubung isu ini.

Iklan
Iklan

"Cukuplah laporan kita tidak mahu dengar. Laporan demi laporan mungkin dikeluarkan oleh pelbagai agensi dan kerajaan.

"Tetapi apakah tindakan yang kerajaan pusat mesti lakukan? Kerana kalau ada tindakan daripada kerajaan pusat mengeluarkan undang-undang, maka sudah pasti akan diikuti oleh kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Iklan

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum itu memaklumkan siasatan awal mendapati kawasan persekitaran Gunung Inas masih tidak stabil dan terdedah kepada ancaman tanah runtuh serta jatuhan batuan.

Beliau berkata, ia berikutan kehadiran bongkah batuan yang longgar dan tergantung di lereng gunung.

Iklan

Johari yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, jika hanya melibatkan konsultasi dan nasihat, isu penyalahgunaan ini tidak akan selesai.

"Hutan ini satu perkara yang sukar untuk kita kawal penyalahgunaannya,” katanya.

Menurutnya, jika kerajaan tidak mengambil tindakan serta-merta, kemusnahan akan terus berlaku.

"Bukan sahaja Gunung Inas (tetapi) tempat tempat lain seluruh negara,” katanya.