Polis kesan Ah Loong

Iklan
Tan Boon Leong atau nama panggilannya Ah Loong dikesan bantu siasat kes bunuh.

KLANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tan Boon Leong bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann di sini pada 21 Ogos 2015.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, alamat terakhir Boon Leong atau nama panggilannya Ah Loong, 37, adalah di Jalan Serindid 1, Taman Eng Ann.

Iklan
Iklan

"Kita sedang mengesan lelaki tersebut yang juga saksi bagi membantu siasatan kes bunuh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Vijaya Rao berkata, saksi berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat atau pusat kawalan IPD Klang Utara atau balai polis berhampiran," ujarnya.