Jepun hukum mati lelaki terlibat serangan amuk di Tokyo 2008

Iklan
Kementerian Kehakiman Jepun mengesahkan hukuman mati terhadap Tomohiro Kato, disabitkan kesalahan membunuh tujuh orang dalam trak merempuh dan mengamuk di Tokyo pada 2008.

TOKYO - Jepun pada Selasa melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki berhubung satu serangan kejam di daerah Akihabara di Tokyo pada 2008, yang menyebabkan tujuh orang maut dan 10 cedera, lapor Xinhua, memetik menteri kehakiman negara itu.

Tomohiro Kato, 39, merempuh pejalan kaki dengan sebuah trak di zon tanpa kenderaan di daerah beli-belah dan pelancongan popular pada 8 Jun 2008, membunuh tiga orang dan mencederakan dua yang lain dalam insiden itu.

Iklan
Iklan

Selepas memberhentikan traknya, dia keluar dan terus menikam mati secara rambang empat mangsa lain dengan sebilah pisau belati panjang, mencederakan lapan orang lagi dalam amukan itu, kata keputusan mahkamah 2015.

"Insiden itu memberi impak yang besar kepada masyarakat kerana ia meragut tujuh nyawa," kata Menteri Kehakiman Yoshihisa Furukawa semasa taklimat media pada Selasa.

Iklan

Selepas meneliti dan membuat pertimbangan dengan berhati-hati Furukawa berkata beliau menandatangani perintah pelaksanaan hukuman mati untuk Kato pada Jumaat lalu.

Dua hukuman mati telah dijalankan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Fumio Kishida, dengan tiga banduan yang terlibat dalam kes pembunuhan digantung pada Disember 2021.

Iklan

Angka banduan menunggu untuk menjalani hukuman mati di Jepun kini berjumlah 106 orang, menurut angka rasmi. - Bernama