ALOR SETAR – Seorang guru lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Langkawi dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, guru lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sejak 21 Julai lalu.