Keputusan PRU14 buat Pas-UMNO buang ego

Iklan
SHAH ALAM - Keputusan PRU14 yang memihak PH membuka mata UMNO dan Pas untuk membuang keegoan dan kesombongan masing-masing lantas membuat keputusan untuk ‘duduk semeja’.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pas-UMNO kalah banyak kerusi dapat kepada PH dalam PRU14 kerana keegoan kedua-dua belah pihak.

Jelasnya, perbincangan untuk kerjasama kedua-dua parti sudah lama bermula, sejak dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri lagi.

Iklan
Iklan

"Dalam PRU14, kita lihat banyak kerusi yang dapat, kalah kepada PH, kalah kerana keegoan dua-dua pihak (Pas-UMNO). Sekurang-kurangnya ada 29 buah keusi jatuh ke tangan PH dengan mudah.

"Contohnya di Parlimen Pokok Sena dan kawasan YB Fuziah Salleh, beliau kalah 6,565 undi. Sebenarnya, ada 29 buah kerusi seperti ini.

Iklan

"Rakyat di peringkat bawah mahukan atau beri isyarat dua parti Islam ini untuk bersama dan dapat bincang bila ada ancaman kepada umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-99 bertajuk ‘Pas - UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, hari ini.

Iklan