Menteri DAP akan baiki prestasi

Iklan
Gobind Singh Deo -Foto Sinar Harian Sharifuddin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Masih banyak kekurangan yang boleh diperbaiki oleh 12 pimpinan DAP dalam Kabinet PH.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, usaha tersebut sedang dijalankan namun pemimpin-pemimpin parti itu telah melakukan baik tugas masing-masing.

Iklan
Iklan

"Saya gembira dengan prestasi menteri-menteri DAP kerana banyak perkara kami belajar sepanjang 10 bulan PH menjadi kerajaan.

"Terdapat banyak perkara kita boleh tingkatkan dan kami menuju ke arah tersebut termasuk mengasimilasikan diri kami dalam setiap keperluan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Beliau yang juga, Menteri Komunikasi dan Multimedia menjelaskan cabaran utama kerajaan PH ialah media sosial.

"Kita mempunyai pelbagai medium komunikasi seperti media sosial yang menjadi cabaran terbesar namun sedang berusaha menyelesaikan isu itu,” katanya.

Iklan

Kelmarin, bekas Pengerusi Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual dengan akhbar, The Star berkata, kemahiran komunikasi menteri-menteri PH merupakan alasan utama masyarakat tidak gembira dengan kerajaan baharu itu.

Daim berkata, menteri-menteri PH tidak menerangkan dengan jelas polisi kerajaan baharu selain kelewatan menunaikan janji PRU14.