JDT II kukuhkan kedudukan di Liga Premier

Iklan
Pemain JDT II meraikan kemenangan 4-1 ke atas UiTM FC Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam Selasa. - Foto FB Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) II meraih tiga mata berharga apabia menewaskan UiTM FC 4-0 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, pada aksi Liga Premier malam Selasa.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT II membuka jaringan menerusi Daryl Sham pada minit ke-21, sebelum pemain import, Moussa Sidibe menjaringkan gol kedua pada minit ke-26.

Iklan
Iklan

Ketinggalan dua gol, menyaksikan UiTM FC cuba bangkit untuk merapatkan jurang gol, namun gagal melepasi benteng pertahanan JDT II hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan JDT II semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.

Iklan
Iklan

Hasilnya, Daryl Sham menjaringkan gol ketiga pada minit ke-62 sebelum pemain gantian Gabriel Nistelrooy menjaringkan gol keempat pada minit ke-89 bagi melengkapkan kemenangan bergaya JDT II.