Sedia fasiliti khas autisme

Iklan
Mohd Shaiful Rizal (dua kiri), pada sidang media berkenaan

IPOH - Pihak berwajib diharap dapat merealisasikan kewujudan fasiliti khusus bagi golongan autisme di sekitar Perak.

Presiden Autism Rangers Perak, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed berkata, kewujudan fasiliti berkenaan bakal membantu autisme untuk menjalani kehidupan seperti biasa termasuk bergaul dengan masyarakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, fasiliti seumpama itu sudah wujud di kompleks membeli belah terkemuka, Sunway Pyramid di Selangor.

"Kompleks itu mesra autisme.

Iklan

"Kita harap ia dapat diwujudkan pula di Perak, mungkin parkir khusus untuk golongan autisme ini.

"Tujuan kita adalah untuk elakkan penjaga khususnya ibu bapa yang kebiasaannya menjaga anak-anak autisme ini," katanya.

Iklan

Mohd Shaiful Rizal berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing dan Howard Lee Chuan How (Pembangunan Belia dan Sukan Perak).

Tambah Mohd Shaiful Rizal, pihaknya juga bakal menganjurkan program larian Spectrum Autism Run pada 28 April ini bertempat di Kinta Rverfront.

"Yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan setakat ini kita dah hampir 1,500 penyertaan melebihi sasaran asal 1,000 sahaja.

"Pendaftaran masih dibuka dan boleh terus hubungi kita menerusi WhatsApp 018-9534094 untuk urusan pendaftaran," katanya.