‘Langkah Sheraton bukan pengkhianat besar-besaran’

Iklan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Langkah Sheraton yang berlaku lebih dua tahun lalu sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dianggap sebagai pengkhianatan besar-besaran.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sebaliknya berkata, tindakan ahli Parlimen ‘melompat’ secara beramai-ramai ketika itu disebabkan ketiadaan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri membuat keputusan untuk meletak jawatan.

"Ada orang mengatakan Langkah Sheraton itu adalah dianggap pelompatan besar-besaran tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa langkah (Sheraton) itu berlaku kerana kita tiada Perdana Menteri pada ketika itu.

Iklan

"Perdana Menteri daripada Langkawi (Dr Mahathir) letak jawatan dan kita (buat keputusan) untuk memilih Perdana Menteri yang baharu. Oleh kerana itulah berlakunya apa yang dipanggil Langkah Sheraton,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Justeru, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO berpandangan, Langkah Sheraton itu bukan satu pengkhianatan besar-besaran kepada PH tetapi ahli-ahli Parlimen ketika itu berbuat sesuatu supaya ada kerajaan.

Iklan