‘Proses demokrasi dibimbangi akan terhakis dengan ketara’

Iklan
Abdul Latiff ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika berlangsung di Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kepercayaan orang ramai terhadap proses demokrasi dibimbangi akan terhakis dengan ketara sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti tidak dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas- Kuala Krai) berkata, lebih membimbangkan lagi ia membabitkan kepercayaan pengundi muda yang menjadi asas kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

Jelasnya, setiap undang-undang juga perlu disesuaikan dengan keperluan zaman dan sentiasa dinamik bagi selagi dengan kehendak semasa.

"Menjadi kebimbangan kita semua (sekiranya) kepercayaan orang ramai terhadap proses demokrasi akan terhakis dengan ketara jika lompat parti terus berlaku terutamanya dalam kalangan pengundi penghuni muda dan kali pertama mengundi.

Iklan

"Seandainya perkara ini berlaku pastrinya juga demokrasi negara akan menjadi suram pada masa akan datang,” katanya ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Sehubungan itu katanya, semua ahli Dewan Rakyat perlu menyokong pindaan RUU itu bagi memastikan kestabilan dalam negara terus terpelihara.

Iklan

Jelasnya, RUU penting itu juga turut menjadi pengikat kepada mandat rakyat bagi memastikan tiada lagi wakil rakyat yang melompat pada masa akan datang.