AUG 2022: Yong Qi raih emas kedua renang

Iklan
Yong Qi bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu wanita.

PERENANG negara, Ong Yong Qi menghadiahkan emas kedua acara renang di temasya Sukan Universiti ASEAN apabila mengungguli acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita.

Pada aksi yang berlangsung di Kampus Bang Yang Noi, Ubon Ratchathani, pelajar Universiti Sunway itu merekodkan catatan masa 2:18:45 untuk meraih emas, manakala perak milik atlet Indonesia, Adinda Kirana dan Subhaamorn Panthira dari Thailand meraih gangsa.

Iklan
Iklan

"Saya sangat gembira kerana dapat sumbangkan emas buat kontinjen negara hari ini, walaupun masa dalam aksi final tidak begitu baik, ia sudah cukup untuk saya meraih tempat pertama.

"Aksi di AUG ini adalah sebahagian persiapan saya untuk mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja pada tahun hadapan,” kata atlet kelahiran Johor yang berumur 20 tahun itu.

Iklan

Dalam acara 200m gaya bebas lelaki, hasrat perenang Malaysia untuk mendapatkan satu lagi emas tidak kesampaian selepas wakilnya, Welson Sim dan Terence Ng akur tumpas kepada Joe Kurniawan dari Indonesia untuk untuk meraih perak dan gangsa.

Sementara itu, pemenang pingat emas pertama kontinjen negara di temasya AUG, Low Zheng Yong gagal meneruskan momentum cemerlang apabila sekadar meraih gangsa dengan catatan 2:02:60s dengan emas milik atlet Thailand, Wongcharoen Navaphat dan perak diraih Joe Kurniawan.

Iklan

Bagi acara 4x100m wanita pula, Thailand berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan masa 3:53:76s untuk meraih emas manakala perak milik Malaysia dan gangsa diraih Singapura.

Kem renang negara, turut meraih perak bagi acara 4x100 lelaki dengan catatan 3:28:16 manakala emas milik Indonesia (3:27:54) dan gangsa dimenangi Thailand (3:31:75s).

Untuk rekod, kem renang negara berjaya menghadiahkan dua emas, lima perak dan dua gangsa buat kontinjen negara di AUG 2022.