SEPANG - Urusan di kaunter daftar masuk dan premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas seketika akibat gangguan bekalan elektrik tengah hari tadi.
Seorang kakitangan penerbangan yang bertugas di kaunter daftar masuk di tingkat lima KLIA berkata, urusan menimbang bagasi tidak dapat dilakukan ketika gangguan elektrik berlaku.
"Terjejas juga tetapi disebabkan tidak ramai penumpang ketika itu, situasi agak okey. Hanya lampu sahaja berfungsi di kaunter,” katanya kepada Bernama ketika tinjauan di KLIA di sini pada Rabu.
Menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB) gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak jam 12.39 tengah hari dan antara kawasan yang terlibat ialah Petaling Jaya, Cheras, Bangi (Lembah Klang); Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor, Johor dan Bandar Indera Mahkota, Pahang.
KLIA turut dilaporkan bergelap sebelum bekalan elektrik pulih secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang itu kira-kira lima minit kemudian.
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd turut memuat naik dalam laman sosial memaklumkan terminal utama KLIA mengalami gangguan bekalan elektrik dan pihak kejuruteraan syarikat itu sedang berhubung dengan pihak Tenaga Nasional Bhd, dan disusuli dengan kenyataan bahawa bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya di KLIA.
Gangguan bekalan elektrik itu bagaimanapun tidak menyebabkan KLIA 'gelap-gelita sepenuhnya' kerana difahamkan masih terdapat lampu kecemasan yang berfungsi ketika bekalan elektrik terputus manakala komputer di sesetengah kaunter beroperasi secara normal kerana terdapat sistem sandaran.

Urusan di kaunter daftar masuk dan premis perniagaan di KLIA terjejas seketika akibat gangguan bekalan elektrik pada tengah hari Rabu. - Foto Bernama