[KEMAS KINI] BINTANG pecut sensasi negara, Azreen Nabila Alias dinobatkan ratu pecut Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 apabila mengungguli acara 100 meter (m) wanita di Stadium Sisaket City, pada Rabu.
Azreen Nabila yang mencipta fenomena di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu dengan dua catatan masa di bawah 12 saat (s) termasuk satu rekod peribadi terbaik 11.77saat (s) menamatkan saingan 11:88s untuk pingat emas.
Pingat perak diraih seorang lagi pelari negara, Nor Sarah Adi (11:97s) manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, On-Uma Chattha (12:41s).
"Saya tidak menjangkakan dapat menang hari ini kerana tidak berapa sihat sejak semalam. Saya cuma hendak lakukan yang terbaik dan pegang kata-kata jurulatih.
"Sejujurnya, saya agak gementar kerana pernah tewas kepada atlet Thailand itu (On-Uma) di Sukan SEA Hanoi 2021.
"Kemenangan ini ternyata menggembirakan saya apabila dapat tebus semula kekalahan sebelum ini," kata atlet kelahiran Terengganu tersebut.
Bagaimanapun hasrat untuk melihat Jonathan Nyepa dan Muhammad Raimi Mustaffa mengikuti jejak Azreen Nabila tidak kesampaian apabila masing-masing mengakhiri cabaran di kedudukan keempat dan keenam.
Jonathan dan Muhammad Raimi masing-masing mengakhiri cabaran di kedudukan keempat (10:56 saat) dan ketujuh (10:81s).
Atlet Thailand, Soraoat Dapbang muncul raja pecut AUG 2022 dengan catatan masa 10:40s diikuti perak menjadi milik pelari Thailand Nutthapong Veeravonggratanasiri (10:50s) manakala atlet Indonesia Bayu Kertanegara meraih gangsa (10:54s)
Atlet lontar peluru negara, Kamal Farhan A Rahman turut menyumbang pingat emas dari gelanggang trek dan balapan menerusi lontaran sejauh 16.47 meter menewaskan dua wakil tuan rumah, (nama, jarak) dan (nama, jarak).
Kontinjen negara menambah enam lagi pingat perak menerusi Sarah Adi, Nurul Hidayah Lukma (baling tukul besi), Mohamad Amirul Arif Mohd Azri (1,500m), Teoh Kim Chyi (400m), Muhammad Firdaus Mohamad Zemi (400m) dan R. Kirthana (lompat kijang).
Satu pingat gangsa juga disumbangkan Savinder Kaur Joginder Singh dalam acara 1,500m.