Malaysia cadangkan penubuhan pusat kecemerlangan IPEF

Iklan
Mohamed Azmin Ali

MALAYSIA mencadangkan kepada rakan kongsi dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) supaya bekerjasama menubuhkan pusat kecemerlangan bagi menyediakan platform yang padu dan tersusun untuk memudahkan pertukaran idea dan cadangan yang lancar dan dinamik.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu akan menghimpunkan pakar dalam bidang seperti daya tahan rantaian bekalan, transformasi sektor tenaga dan industri berintensifkan pelepasan penyahkarbon.

Iklan
Iklan

"Kami amat percaya terdapat keperluan untuk melangkaui skop umum dan bidang kerjasama bagi menggabungkan program, pelan tindakan dan perundangan yang diperlukan, disokong oleh pembinaan kapasiti, bantuan teknikal dan pembiayaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Mesyuarat Menteri IPEF.

Mesyuarat secara maya dua hari pada 26 dan 27 Julai itu dipengerusikan oleh Wakil Perdagangan AS Katherine Tai dan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo, dan dihadiri oleh menteri dari Australia, Brunei Darussalam, Fiji, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Iklan

Rakan kongsi rangka kerja pada mesyuarat itu secara amnya bertekad tentang keperluan untuk mempercepatkan rumusan kenyataan menteri sebelum mesyuarat menteri pada September.

Pada masa yang sama, secara umumnya telah dipersetujui bahawa kemampanan dan keterangkuman harus kekal sebagai prinsip utama yang menjadi perhatian penting bagi membimbing trajektori matlamat dan objektif rangka kerja.

Iklan

Azmin menegaskan bahawa isu-isu seperti buruh, alam sekitar, ekonomi digital dan keselamatan makanan adalah penting untuk kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang serta diperluaskan ke bidang geopolitik dan geoekonomi.

Pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan mengenai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan ekonomi wanita, Azmin berkata Malaysia mengiktiraf keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi orang asli, menekankan bahawa"Malaysia sedang giat melaksanakan inisiatif dan dasar untuk memajukan kepentingan dan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik dan masyarakat terpinggir”. - Bernama